Roslan menunjukkan antara mercun dan bunga api yang dirampas dalam serbuan di serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi, Tangkak, semalam.

TANGKAK – Seorang lelaki ditahan dan pelbagai jenis mercun serta bunga api dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar melakukan serbuan tersebut pukul 1 petang selepas mendapat maklumat awam.

“Hasil serbuan pihak polis menangkap seorang lelaki yang berumur 23 tahun kerana memiliki pelbagai jenis mercun serta bunga api tanpa permit yang sah.

“Dalam serbuan ini pihak polis merampas 54 kotak pelbagai jenis mercun serta bunga api,” katanya dalam satu akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keseluruhan nilai rampasan berkenaan berjumlah RM41,940.

Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang kegiatan atau aktiviti menyalahi undang-undang yang berlaku terutama di sekitar daerah ini.

Sebarang maklumat katanya, boleh disalurkan di Hotline IPD Tangkak 06-9785222 atau mana-mana balai polis berhampiran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here