Pelajar UTHM kutip 470 kg sampah di pantai Muar, Mersing

Sebanyak 470 kilogram sampah berjaya dikutip di Pantai Tanjung Ketapang, Muar dan Pantai Bandar Mersing, Mersing oleh 60 pelajar kursus kokurikulum berkredit di bawah Jabatan Kepimpinan, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam dan Kemahiran, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 5 Januari 2025 lalu.