Anggota Unit Pemusnah Bom sedang memeriksa objek yang dikatakan bahan letupan.

GEORGE TOWN – Penduduk kawasan di Lebuh Sungai Pinang di sini, hari ini dikejutkan dengan penemuan objek menyerupai bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, objek itu ditemui selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang melalui kawasan pejalan kaki itu pada jam 9.50 pagi.

“Sejurus menerima laporan, pihak polis mengarahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang untuk melakukan pemeriksaan di lokasi.

“UPB telah berjaya menyahaktifkan objek tersebut pada jam 11.50 pagi dan hasil analisa mendapati ia diperbuat daripada kertas, wayar dan simen serta tidak mengandungi sebarang bahan letupan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pemeriksaan dibuat ke atas objek yang dikatakan menyerupai bahan letupan.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, lokasi berkenaan disahkan selamat dan dibuka semula kepada orang awam pada jam 12.15 tengahari.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian itu.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebar berita palsu mengenai kejadian ini sehingga boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here