Barangan runcit yang dirampas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan, semalam.

KUALA LUMPUR – Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan barangan runcit dalam satu operasi di Kampung Kok Serai, Pengkalan Kubor, Kelantan, sekitar jam 1.30 petang semalam.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, sepasukan anggota BN 8 PGA telah menahan sebuah kenderaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan dalam Op Taring Wawasan.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan pelbagai barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah.

“Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Lelaki tempatan yang ditahan PGA ketika pemeriksaan ke atas sebuah pemeriksaan, semalam.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan, termasuk kenderaan yang digunakan bernilai RM155,000.

“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.

“Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” tambahnya

Nik Ros Azhan turut menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan usaha bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan yang sering berlaku di kawasan sempadan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here