Lelaki yang menunggang motosikal ini dipercayai mencuri beg kepunyaan seorang wanita dalam kejadian di medan selesa Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam.

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri beg seorang wanita di meja makan dekat medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13 Shah Alam, baru-baru ini.

Kejadian itu tular di media sosial kerana dirakam kamera litar tertutup di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek menaiki sebuah motosikal telah mengambil beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi pelangggan di hadapan gerai mangsa.

Pada masa itu, mangsa berada di dalam gerai sedang membuat persediaan membuka gerai dan tidak sedar kejadian tersebut.

Mangsa hanya sedar apabila mahu mengambil begnya semula.

Mohd Iqbal berkata, kerugian dianggarkan RM200.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Hanafi di talian 010-3728932. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here