Prabowo Subianto

KUALA LUMPUR – Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia hari ini, ia merupakan lawatan kerja pertama beliau ke negara ini sejak dilantik Presiden Indonesia pada Oktober 2024.

Lawatan ini mencerminkan hubungan istimewa di antara Malaysia dan Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk
ekonomi, sosio-budaya, pertahanan, dan keselamatan.

Semasa lawatan ini, Prabowo dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin akan membincangkan kerjasama dua hala dan meneroka potensi kerjasama baharu untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Perdana Menteri akan meraikan Prabowo dalam satu jamuan makan tengah hari tertutup.

Dengan Malaysia mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kedua-dua pemimpin dijangka akan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh Pembinaan Komuniti ASEAN, kerjasama serantau, serta menangani cabaran global.

Pada tahun 2023, Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM111.21 bilion (USD24.39 bilion).

Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM95.50 bilion (AS$20.75 bilion), berbanding RM94.37 bilion (AS$20.69 bilion) dalam tempoh yang sama pada tahun 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here