Ketua Biro Pertubuhan Bukan Kerajaan Gerakan, Jimmy Chew Jyh Gang.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor dianggap sebagai ‘pengampu’ selepas menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikan utama pelancong.

Ketua Biro Pertubuhan Bukan Kerajaan Gerakan, Jimmy Chew Jyh Gang berkata, ia seolah-olah menggambarkan Malaysia kekurangan strategi yang lebik baik dari aspek keunikan budaya, alam semula jadi dan warisan untuk mempromosikan Malaysia.

“Pelancongan seharusnya berfokus pada daya tarikan negara secara keseluruhan, bukan semata-mata pada figura politik, oleh itu, usaha memperbaiki imej negara secara menyeluruh adalah lebih penting.

“Kebergantungan harapan pada populariti seorang pemimpin untuk menarik pelancong mungkin tidak berkesan jika persepsi antarabangsa terhadap negara dipengaruhi oleh isu-isu lain seperti hak asasi manusia, kebebasan media atau kestabilan politik” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Jimmy, promosi pelancongan negara tidak sepatutnya bergantung kepada populariti individu tertentu.

Apatah lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak wajar dijadikan contoh tarikan pelancong kerana pernah mencetuskan beberapa kontroversi.

“Ia termasuk (berkaitan) sekatan terhadap kebebasan media dan penangkapan lawan politik atas tuduhan hasutan. Isu-isu ini akan mempengaruhi persepsi pelancong terhadap Malaysia,” tambahnya.

Dalam pada itu, Jimmy menasihatkan organisasi bukan kerajaan dalam negara supaya menjalankan tanggungjawab secara berintergriti bukannya mendapatkan kredit mudah daripada kerajaan.

Semalam dilaporkan, Mahadzir berpendapat nama Malaysia semakin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dalam Pantau Agenda Reformasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here