Umarbek Eshmurodov. Facebook Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC  sentiasa berada dalam ingatan bek tengah Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov walaupun meninggalkan Merah Kuning pada penghujung Disember lalu.

Luahan hati itu dikongsikan bek tengah berusia 32 tahun itu di media sosial miliknya.

Selepas tidak bersama Selangor, Umar kembali ke Uzbekistan untuk menyertai kelab lamanya, FC Nasaf.

“Saya amat berterima kasih kepada pengurusan kelab, pemain-pemain, jurulatih-jurulatih dan semua orang yang menyokong saya sepanjang tempoh ini.

“Terima kasih juga kepada peminat-peminat kita yang hebat, anda menjadi sumber sokongan dan inspirasi sebenar dalam setiap perlawanan.

“Tahun ini akan kekal dalam hati saya buat selamanya. Kita akan sudah tentu bertemu lagi! Selangor FC akan sentiasa jadi juara di hati saya!” tulis di Instagram miliknya.

Umarbek beraksi dalam 18 perlawanan bersama Selangor termasuk saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25.

Pemain itu berjaya menyumbang satu gol serta membantu satu jaringan sepanjang bersama Gergasi Merah.

Selangor kini memiliki baki saingan dalam Liga Super dan Challenge Cup selepas tersingkir daripada Piala Malaysia dan ACL2. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here