Sembilan penumpang cedera ringan selepas bas ekspres dinaiki melanggar belakang treler di Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, hari ini.

KULAI – Sembilan penumpang termasuk seorang warga Singapura berdepan detik cemas selepas bas ekspres dinaiki melanggar belakang treler di Kilometer 26.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan yang melibatkan bas ekspres jenis Scania dan treler Shacman dilaporkan pada pukul 6.50 pagi.

Semasa kejadian bas itu membawa sembilan penumpang terdiri daripada lapan warga tempatan dan seorang warga Singapura berusia antara 20 hingga 78 tahun.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dalam perjalanan ke Johor Bahru telah hilang kawalan.

“Bas ekspres berkenaan kemudian melanggar belakang sebuah treler dipandu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang ketika itu berada di lorong sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan.

Kata Seng Lee, akibat pelanggaran itu, lima penumpang tempatan dan seorang penumpang warga Singapura mengalami cedera ringan.

Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini bagi menerima rawatan.

Sementara pemandu bas ekspres dan treler serta tiga penumpang lagi katanya, tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat bawah Rule 10LN 166/59 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Shahrizuan Mhd Lauri 014-663 3283.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here