Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, mengesahkan bahawa butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum. Sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengampunan, beliau menjelaskan bahawa minit mesyuarat tersebut adalah dokumen sulit dan merupakan hak eksklusif lembaga berkenaan.