Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

SEPANG – Tiga lelaki yang berada dalam senarai dikehendaki berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sejak 7 Januari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, operasi itu telah dijalankan untuk memeriksa kenderaan perdagangan dan berat yang akan melakukan pelbagai kesalahan trafik dan diteruskan sehingga 14 Januari ini.

“Tangkapan pertama adalah lelaki berusia 25 tahun dan dikehendaki bersabit kes penipuan di Melaka Tengah yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Individu kedua melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun yang dikehendaki bersabit kesalahan di Presint 11, Putrajaya di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala lelaki ketiga dikehendaki atas kesalahan sama di bawah laporan polis yang didaftarkan di Banting,” katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 162 saman telah dikeluarkan dan empat buah kenderaan turut disita setakat operasi berlangsung.

Dalam pada itu, menurut Norhizam berkata, polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang telah melanggar undang-undang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here