LONDON – West Ham membuat keputusan untuk memecat jurulatihnya, Julen Lopetegui berkuat kuasa serta-merta selepas prestasi merosot apabila kini menduduki tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemecatan itu bakal menyaksikan vekas jurulatih Chelsea dan Brighton, Graham Potter, dikhabarkan akan mengisi tempat kosong itu.
Pemecatan itu susulan kekalahan 1-4 kepada Manchester City minggu lalu dengan The Hammers hanya mengumpul 23 mata daripada 20 perlawanan.
Lopetegui kelahiran Sepanyol menggantikan David Moyes pada Mei 2024 dan merupakan tugasan keduanya selepas mengendalikan Wolves pada November 2022 hingga Ogos 2023 dalam kancah bola sepak Inggeris.
Jurulatih berusia 58 tahun itu menjadi perhatian selepas berbelanja besar dengan pembelian pemain seperti Max Kilman, Crysencio Summerville, Niclas Fullkrug and Aaron Wan-Bissaka namun hanya mampu meraih keputusan hambar buat pasukan. – Agensi