Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa (tengah) bercakap kepada wartawan selepas hadir pada majlis peluncuran Kiosk Sentuhan MADANI di Centre Court pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 9 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa enggan menjawab soalan berhubung kewujudan titah adendum bagi menghentikan spekulasi ramai tentang isu tersebut.

Beliau hanya menjawab ringkas sambil mengelak soalan mengenai desakan supaya kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Nanti, nanti, nanti,” katanya yang juga salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha Mustafa
Jawapan ringkas itu diberikan ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di ibu negara hari ini.

FEM 2025 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Selain itu, kata beliau, ia juga sebagai langkah bagi memastikan ketelusan dan menghalang sebarang manipulasi proses untuk kepentingan politik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here