KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa enggan menjawab soalan berhubung kewujudan titah adendum bagi menghentikan spekulasi ramai tentang isu tersebut.
Beliau hanya menjawab ringkas sambil mengelak soalan mengenai desakan supaya kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.
FEM 2025 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Selain itu, kata beliau, ia juga sebagai langkah bagi memastikan ketelusan dan menghalang sebarang manipulasi proses untuk kepentingan politik. – MalaysiaGazette