Kumarasan menunjukkan arak tidak bercukai yang dirampas dalam serbuan, selepas sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Iskandar Puteri, semalam

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mencekup dua lelaki sedang memunggah arak seludup Gelang Patah, di sini pada 1 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mereka ditahan semasa sedang memunggah kotak-kotak mengandungi minuman keras tidak bercukai dari sebuah kenderaan ke dalam rumah.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki tempatan berusia 34 dan 41 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau,

“Ujian saringan air kencing terhadap mereka menunjukkan keputusan negatif dadah,” katanya dalam  sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini semalam..

Katanya, polis turut merampas 146 karton minuman keras tidak bercukai, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan dua buah kereta yang dianggarkan bernilai RM171,700.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama sembilan hari bermula 2 Januari hingga hari ini bawah Seksyen 116C Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam kes berasingan, Kumarasan memaklumkan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri menahan tujuh lelaki warga asing, dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual rokok tidak bercukai.

Katanya kesemua empat warga Indonesia dan tiga warga India berusia 21 hingga 43 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di lot kedai runcit di kawasan Tanjung Kupang, Bukit Indah dan Gelang Patah pada 27 disember.

Hasil pemeriksaan ujarnya, mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing menunjukkan mereka negatif dadah.

Polis turut merampas 184 karton pelbagai jenis rokok dipercayai tidak bercukai bernilai RM27,392.80 daripada lokasi serbuan, katanya.

Tambah beliiau, semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 116C Akta Kastam 1967 bermula 30 Disember lalu.

“Mereka seterusnya ditahan lanjut di bawah Seksyen 51(b) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari, bermula 6 Januari hingga 19 Januari depan, untuk siasatan lanjut berkaitan pelanggaran syarat pas dan permit,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here