Mahmood Razak Bahman

KUALA LUMPUR- PUSPAKOM Sdn Bhd. berikrar untuk terus menggiatkan usaha membanteras rasuah di dalam organisasi itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

https://malaysiagazette.com/2025/01/08/rasuah-pemeriksaan-kenderaan-pengarah-agensi-kerajaan-antara-yang-ditahan/

“Sejak memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM pada Oktober 2023, saya telah mempergiatkan usaha membanteras rasuah di dalam organisasi ini. Tanpa pembabitan dari SPRM, sudah tentu usaha ini menjadi lebih sukar.

“Tidak ada tempat untuk mereka yang terlibat dalam rasuah untuk bersembunyi di dalam organisasi kami. Kami akan terus mendedahkan sebarang perlakuan tidak beretika bagi memastikan kredibiliti perkhidmatan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM terjamin dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

https://malaysiagazette.com/2025/01/07/puspakom-gantung-tugas-enam-kakitangan-ditahan-sprm/

Beliau turut menyeru semua pihak sama ada di luar atau dalam PUSPAKOM yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku di organisasi berkenaan untuk tampil berkongsi maklumat.

Katanya, kerjasama daripada pemberi maklumat adalah penting dalam usaha syarikat tersebut untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Selain itu, PUSPAKOM juga menegaskan bahawa keselamatan jalan raya adalah usaha bersama yang memerlukan komitmen semua pihak, bukan tanggungjawab PUSPAKOM semata-mata.

https://malaysiagazette.com/2025/01/09/sprm-tahan-13-lagi-pegawai-pemeriksa-kenderaan-disyaki-terima-suapan/

Semua pihak perlu mengutamakan integriti dan keselamatan demi kesejahteraan pengguna jalan raya.

“PUSPAKOM adalah cuma salah satu pecahan dalam formula keselamatan jalan raya. Pemilik kenderaan termasuk syarikat-syarikat, penguatkuasa, agensi kerajaan, dan rakyat juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing secara beretika dalam usaha untuk membanteras kemalangan jalan raya,” katanya lagi.

Untuk rekod,20 kakitangan PUSPAKOM telah ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah pemeriksaan kenderaan perdagangan, setakat hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here