KUANTAN – Penglibatan Pas pada perhimpunan di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin lalu bukan untuk menyokong Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, penglibatan ahi parti itu bagi mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu titah adendum.
Ujarnya, mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu, bukan sahaja pembangkang, didakwa menunggang isu berkenaan, malah kerajaan juga tiada beza kerana dilihat menunggang isu sama.
”Kita menggangap tindakan yang menyembunyikan titah ini daripada pengetahuan rakyat adalah merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan yang cuba mengelirukan keadaan dan juga mengambil peluang mengheret rakyat sekali.
”Maka kita dapati ia satu keperluan untuk pihak polis sekali melakukan sesiatan yang teliti sebab seluruh Pahang kita buat laporan berkaitan kerajaan menyembunyikan titah adendum ini
”Kita bediri teguh di belakang Al-Sultan Abdullah dan menghormati institusi diraja, mendesak pihak polis dan kerajaan supaya bersikap profesional dan telus dalam menjalankan tindakan mereka,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang, hari ini.
Terdahulu, Pas kawasan Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besara Pahang membuat laporan polis berkaitan titah adendum berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah itu mengharapkan tindakan drastik segera perlu diambil kerana ia menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat dan menimbulkan peselisihan pelbagai pihak.
Jelasnya, tindakan berdiam diri menunjukkan kerajaan hari ini tersilap langkah kerana menyembunyikan perkara sebenar.
”Tapi apa yang berlaku kerajaan telah salah langkah. Mereka understimate kepada rakyat untuk mendapat maklumat. Dia ingat boleh sorok rakyat tak tahu. Strategi menyembunyikan perkara penting sebegini akan makan tuan,” katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN :
Bersatu Pahang buat 7 laporan polis terhadap Shamsul Iskandar – Saifuddin