Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa tidak membuat sebarang spekulasi mengenai Titah Adendum berkaitan hukuman tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said bimbang kenyataan yang dikeluarkan akan menimbulkan subjudis kerana kes masih dibicarakan di mahkamah.
Azalina berkata, perkara berkenaan perlu diserahkan semula kepada kepada Mahkamah Tinggi susulan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu.