Keadaan banjir yang berlaku di Taman Aman, Kota Tinggi, semalam dan menyebabkan penduduk ditempatkan ke PPS berdekatan

KOTA TINGGI – Banjir yang melanda Taman Aman di sini sejak kelmarin menyebabkan beberapa penduduk tidak sempat menyelamatkan perkakasan rumah kerana air naik begitu cepat.

Seorang mangsa banjir, Rozi Kassim, 40, sedih kerana tidak dapat menyelamatkan perkakasan rumah antaranya seperti peti ais dan mesin basuh.

“Ketika itu saya sedang berehat selepas pulang dari kerja pukul 6.30 petang. Dalam tempoh setengah jam kemudian air naik sehingga paras satu meter dalam rumah.

“Saya baru pindah di sini dalam dua bulan, semua perabot dan perkakasan elektrik ditenggelami air.

“Kami sekeluarga kemudian berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sini,” katanya ditemui di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa banjir, Harun Samsudin, 65, yang sudah tinggal hampir 25 tahun di taman itu berkata, masalah tersebut dialami hampir setiap tahun dan semakin buruk kali ini.

“Kalau sebut Taman Aman, memang kerap kali banjir, boleh dikatakan setiap tahun. Kebiasaannya bulan Oktober dan November banjir berlaku tetapi sekarang banjir terjadi bila masuk tahun baharu.

“Semalam banjir berlaku sebab hujan sejak pagi sehingga petang. Sampai pukul 7 malam, air naik mendadak sehingga paras kira-kira satu meter, ada barang yang tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Pesara tentera itu menyifatkan banjir sebagai ‘acara wajib’ bagi mereka setiap tahun.

Dalam pada itu, sebanyak 1,156 mangsa bajir daripada 364 keluarga dari daerah ini berlindung di 13 PPS setakat pukul 10 pagi ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here