Seorang lelaki bertindak nekad menyeludup arak dan pelbagai barangan lain melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan.
Bagaimanapun cubaan itu berjaya digagalkan pasukan Pegawai Petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kira-kira jam 5.15 petang semalam.