Seorang juruteknik mengalami kerugian lebih RM444,000 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, mangsa yang berusia 42 tahun itu tertarik dengan iklan pekerjaan di Facebook sebelum berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.