Satu tangkap layar tular menunjukkan makanan sumbangan Program Infak Sabil ditinggalkan di atas jalan sekitar Masjidil Haram, Makkah.
Pengarah Urusan TMK Travel dan Tours, Nik Ikrami Omar meluahkan rasa kecewa apabila nasi yang diagihkan secara percuma tidak dihabiskan dan dibuang begitu sahaja.
Menurutnya, tujuan infak berkenaan adalah membantu golongan memerlukan, termasuk pekerja masjid dan jemaah umrah.