Superitendan Akmalrizal Radzi

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi lelaki berusia empat bulan pada 3 Januari lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Akmalrizal Radzi berkata, penahanan ke atas wanita itu dibuat beberapa hari lalu dengan keterangan telah direkodkan.

“Wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dibebaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan.

“Polis sedang menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya secara ringkas hari ini.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, terdapat unsur kecuaian yang membawa kepada kematian bayi lelaki tersebut di taska haram di Bandar Saujana Putra, di sini, baru-baru ini.

Akmalrizal berkata, siasatan polis mendapati kecuaian atau pengabaian pengasuh adalah meninggalkan mangsa dalam tempoh lama tanpa pemantauan sewajarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim menjelaskan, siasatan mendapati hanya terdapat dua pengasuh masing-masing berusia 20-an menjaga 25 anak asuhan.

Katanya, keadaan  itu sekali gus tidak mematuhi nisbah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here