Tan Sri Mohamed Apandi Ali Attorney-General termination Mahathir Mohamad government suit
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR – Peguam Negara (AG) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar perlu meletakkan jawatan atau perkhidmatannya mesti ditamatkan kerana tidak telus mengenai kewujudan adendum berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain Mohd. Dusuki, bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang kini hakim Mahkamah Persekutuan juga harus bertanggungjawab kerana titah adendum ditujukan khusus kepadanya.

Gesaan itu dibuat bekas Peguam Negara sendiri, Tan Sri Mohd Apandi Ali yang berkhidmat ketika pentadbiran Najib pada 2015 hinga 2018.

“Peguam Negara ketika ini mesti meletak jawatan atau perkhidmatannya ditamatkan kerana tidak telus mengenai kewujudan adendum tersebut.

“Begitu juga dengan kedudukan bekas AG sebelum beliau, yang juga mesti bertanggungjawab kerana tidak mendedahkan kewujudan adndum tersebut sedangkan dekri daripada Yang di-Pertuan Agong jelas ditujukan kepadaya sebagai AG pada masa itu,” katanya.

Mohd. Apandi berkata, kedudukan Ahmad Terrirudin daripada sebarang jawatan yang disandang ketika ini perlu digugurkan.

Menurut beliau, kerajaan perlu tegas dalam isu adendum kerana rakyat sedang memerhatikannya.

“Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahankan, begitu juga dengan kedaulatan undang-undang. Itulah pandangan ringkas saya mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam ruangan komen Facebook hantaran seorang pengguna yang menggunakan akaun bernama Salahuddin Hisham.

Pengguna terbabit berkongsi laporan mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar yang mengakui Mohd Dusuki menerima surat titah adendum membolehkan Najib menjalani baki hukuman dalam tahanan rumah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here