KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa daerah di Sarawak hingga jam 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia akan berlaku di beberapa daerah termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat dan Limbang).
Amaran dikeluarkan kerana mendapati terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/ jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka masa pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu kenyataan. – MalaysiaGazette