KUALA LUMPUR – Wujud unsur khianat dalam kejadian kebakaran sebuah kereta Perodua Axia di kawasan parkir Seksyen U4, Shah Alam, semalam
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Moh Hafiz Muhammad Nor berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 43 Kanun Keseksaan.
“Balai Polis Kampung Baru Subang telah menerima laporan daripada seorang lelaki warga Nigeria merupakan pempengaruh media sosial Tik Tok berusia 39 tahun pada jam 2.19 petang.
“Pengadu telah meletakkan kereta milik kawannya di kawasan letak kereta di Seksyen U4 sekitar jam 10.17 pagi untuk rakaman video bagi kandungan TikToknya.
“Selesai membuat rakaman pada pukul 1.05 petang, lelaki itu telah datang semula ke tempat letak kereta dan mendapati kenderaan tersebut telah terbakar.
“Kemudian, sepasukan pegawai dan anggota bomba Selangor hadir ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta.
“Bahagian Forensik Bomba Selangor juga telah menjalankan siasatan bagi mencari punca kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ekmal Hasif Mohd Noor di talian 01135396787. – MalaysiaGazette