Joe Biden - FOTO AFP

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian, lapor agensi berita Jerman dpa.

Sekumpulan 120 negara rakan kongsi akan dikecualikan daripada sekatan itu yang masih boleh berubah berdasarkan pandangan pakar serta pihak industri,  diumumkan hanya seminggu sebelum Biden melepaskan jawatan presiden

AS merupakan peneraju dunia dalam pembangunan AI dan cip yang diperlukan untuk teknologi itu, menurut Setiausaha Perdagangan AS Gina Raimondo kepada pemberita, sambil menambah yang sekatan eksport itu bertujuan mengekalkan kedudukan berkenaan.

Teknologi AI buatan AS boleh digunakan oleh negara pesaing untuk simulasi nuklear, pembangunan senjata biologi dan memperkuat ketenteraan mereka, Raimondo memberi amaran.

Dengan langkah baharu ini, pentadbiran Biden ingin memastikan yang pihak lawan AS tidak memperoleh teknologi berkenaan, sambil membenarkan negara rakan kongsi mendapat manfaat, katanya.

Kerajaan AS sebelum ini menyekat eksport cip AI ke China, satu langkah yang memberi kesan kepada syarikat AS, Nvidia, yang merupakan peneraju dalam pembuatan cip AI.

Sistem cip Nvidia digunakan di seluruh dunia untuk melatih pengguna aplikasi yang menggunakan kecerdasan buatan. Gergasi teknologi seperti Google dan Meta Group menggunakannya untuk mengisi keseluruhan pusat data mereka – malah syarikat pemula AI seperti OpenAI, yang mencipta ChatGPT, turut bergantung padanya.

— BERNAMA-dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here