KUALA LUMPUR – Perintah tegangan atau ‘gag order’ yang dikemukakan kerajaan terhadap titah adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Razam menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah adalah tidak masuk akal.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ini merupakan kes berkepentingan awam yang telah mendapat liputan meluas dan permohonan tersebut disifatkan sebagai pelik.
Berikutan itu, pasukan pembelaah Najib akan membuat permohonan membantah cadangan kerajaan dalam masa terdekat.
“Pelik juga permohonan ini yang pada kami ianya agak terlambat untuk ‘gag order’. Isu ini sudah diperkatakan secara meluas termasuk di Mahkamah.
“Perdana Menteri sendiri telah banyak bercakap tentang Titah Adendum banyak kali, lebih banyak daripada pihak lain,” katanya selepas pengurusan kes semakan kehakiman Titah Adendum, hari ini.
Perintah tegangan adalah satu perintah yang menghalang maklumat daripada disebarkan atau dikomen daripada atau oleh orang awam.
Pada minggu lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman itu selepas mendapati tiada responden yang dinamakan dalam permohonan itu memfailkan sebarang afadavit menafikan kewujudan perintah tambahan itu.
Dalam permohonan semakan itu, Najib menamakan Jabatan Peguam Negara (AGC),Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) sebagai responden pertama hingga kelima.
Selain itu ialah Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden keenam dan ketujuh.
Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat berkata, Datuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan Pas dan Zulkifli Noordin akan memohon untuk menjadi peguam pemerhati dalam semakan kehakiman itu.
Ujarnya, mereka akan mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden.
Namun difahamkan kehadiran mereka sebagai peguam pemerhati juga dibantah Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika prosiding hari ini.
Shamsul memberitahu, pihaknya memerlukan enam minggu untuk membalas afidavit pemohon yang mengemukakan dokumen tambahan berkaitan Titah Adendum tersebut.
Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz kemudian menetapkan 11 Mac ini untuk pengurusan kes.
Sementara itu, Shamsul ketika ditemui media selepas prosiding berkata, kerajaan memohon perintah tegangan bagi melindungi instuitusi DiRaja. – MalaysiaGazette
Gag order adalah perlu setelah terbongkar bahawa PMX dan ex Peguam Negara tahu ianya sahih dan wujud…tetapi berdiam diri sampai Istana Pahang sendiri terpaksa keluarkan kenyataan..malahan hakim Mahkamah Tinggi terpaksa memutuskan titah tersebut adalah ‘hearsay’ ..padahal 2 org manusia ini tahu kewujudan titah tersebut…