Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen melakukan gimik penyerahan jawatan dengan memakaikan jaket kepada penyandang Ketua Pemuda DAP yang baru, Woo Kah Leong pada Kongres Kebangsaan DAPSY 2024 di Centro Mall, Klang. Foto SADIQ SANI, 17 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh diingatkan agar tidak bertindak sebagai batu api untuk memecahbelahkan masyarakat.

Ketua DAPSY Malaysia, Woo Kah Leong berkata, sebagai pemimpin kerajaan, Dr Akmal sepatutnya berusaha untuk menurunkan suhu politik yang dinaikkan oleh pembangkang dengan niat untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk.

“Janganlah sesekali mencuba untuk mengapi-apikan bahang dan berlagak hero.

“Pemimpin pemuda harus membantu untuk membina jambatan perpaduan, bukannya menjadi api dalam sekam dengan membakar lagi jambatan tersebut.

“Jangan bertindak seperti tin kosong, sangat bising tetapi tidak berisi dan kosong sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu berkata demikian mengulas kenyataan terbaharu Akmal berhubung gesaan beliau agar polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dengan berkata penjualan ‘ham’ atau produk daripada babi dengan mempunyai logo halal tidak boleh diterima.

Akmal turut mempersoalkan bagaimana kedai serbaneka berkenaan mendapat logo halal yang diletakkan pada bungkusan produk makanan berkenaan.

Akmal berkata demikian ekoran tindakan UM menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Dalam kenyataan media, UM menyatakan arahan penutupan itu dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa masalah ko..nak biarkan babi dijual kpd org Islam kaaa?? Padahal KP UMNO cuma minta siasat sama ada ham itu daging apa? Tak de kaitan keharmonian masyarakat bagai…Itu hak org Islam utk makan makanan halal…bodoh punya Pemuda DAP …

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here