Siaran media hebahan orang hilang (OH) Nurhidayatul Iman Abdullah dan Tan Joon Tien

KUANTAN – Dua remaja berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dalam kes berasingan di Bentong dan Cameron Highlands masih belum ditemui dan ia kejadian sudah berlaku hampir seminggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kedua-dua kes membabitkan remaja lelaki hilang sejak 28 Disember  dan seorang remaja perempuan hilang pada 31 Disember lalu.

Yahaya Othman

Tan Joon Tien, 14, dilaporkan kali terakhir dilihat Persiaran Oriental Lily di Taman Oriental dekat Cameron Highlands dan siaran media berkaitan orang hilang telah dihebahkan.

”Polis masih mengesan remaja lelaki yang disyaki hilang di Tringkap, Cameron Highlands selepas keluar mengikut guru agama dan aktiviti keagamaan.

”Manakala polis juga menerima laporan kehilangan remaja perempuan pada 3 Januari lalu yang dipercayai mengikut teman lelaki,” katanya.

Yahaya berkata demikian ketika ditemui media sejurus Perhimpunan Bulan Januari di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, Nur Hidayatul Iman Abdullah, 14, dikatakan bercuti bersama teman lelaki dan rakan-rakan di Apartmen Ramin dekat Genting Highlands selama tiga hari sebelum dilaporkan hilang.

Jelasnya, keluarga remaja berkenaan membuat laporan polis selepas Nur Hidayatul tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun Yahaya menolak kemungkinan kedua-dua kes berkenaan mempunyai unsur penculikkan dan kes berkenaan deang dalam siasatan lanjut.

”Orang ramai atau kenalan mangsa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan Cameron Highlands bagi membantu mengesan kedua-dua remaja ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here