Mohd Nasir didakwa atas tuduhan miliki dua senapang tiruan di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – “Kalau nak beli mainan, beli di jalan yang betul iaitu kedai mainan bukan di TikTok kerana jika senapang kamu disalahkan guna atau letak bebola besi boleh mencederakan orang,” kata Majistret, Chia Huey Ting.

Nasihat itu diberikan ketika prosiding menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Nasir Othman, 47, yang mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dua senapang tiruan pada Isnin lalu.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada enam cahaya mata itu didakwa memiliki dua senapang tertera tulisan Combact Machine Cal 7-8MM water bullet dan Property Of U.S Govt M4AI Carbone Cal 5.56MM tanpa lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Lintang Bayan 6, Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini pukul 9 pagi pada 6 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan penjara sehingga hingga satu tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, R. Lushani meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal serta berbentuk pengajaran kepada tertuduh selain barang kes dilupuskan selepas tamat tempoh rayuan.

Bagaimanapun, peguam, Edmund Anthony Hermon dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh meminta hukuman denda minima atas alasan tertuduh bekerja sebagai penghantar barang dengan pendapatan bulanan RM2,000 perlu menyara dua isteri dan enam orang anak yang masih bersekolah.

“Tertuduh tidak tahu memiliki senapang tiruan itu merupakan satu kesalahan selain senjata itu tidak boleh mendatang kecederaan terhadap sesiapa kerana pelurunya berasaskan water base,” katanya.

Sementara itu, tertuduh turut memberitahu mahkamah senapang tiruan itu dibeli daripada aplikasi TikTok untuk bermain dengan anaknya berusia 11 tahun.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap tertuduh dan satu bulan penjara jika gagal bayar denda tersebut.

Media sebelum ini melaporkan serbuan pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya membanteras kegiatan pengedaran dan penjualan air ketum di sebuah rumah teres di di Lintang Bayan 6 di sini membawa penemuan pelbagai senjata termasuk mesingan tiruan.

Dalam serbuan pukul 9 pagi itu turut membawa kepada tangkapan, suspek lelaki tempatan berusia 47 tahun bersama isteri keduanya berumur 35 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here