KUALA LUMPUR – Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza mendakwa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muahamd Akmal Saleh sebagai bebal.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa tuduhan berkenaan dilemparkan dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial.
“Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ni memang bebal atau dia berlakon mainkan watak orang bebal?” soal Fahmi.
Terkini, Dr. Muhammad Akmal menggesa polis menyiasat penjualan ‘sandwich ham’ mempunyai logo halal dalam kampus Universiti Malaya (UM).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, penjualan ‘ham’ atau produk daripada babi dengan mempunyai logo halal di KK Mart di dalam kampus UM tidak boleh diterima
Dr. Muhammad Akmal mengingatkan rangkaian pasar raya itu bahawa “luka lama” berhubung kontroversi stoking masih belum sembuh
Dalam video yang disiarkan di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata ‘ham’ dikaitkan dengan daging babi.
“…Okaylah, mungkin dijual untuk orang bukan Islam, ini masih boleh diterima. Tapi tengok balik bungkusan tu, ada logo halal.
“Saya nak tanya KK Mart, sejak bila ham dianggap halal dan bagaimana produk ini mendapat logo halal?” soalnya.
Ahli Exco Melaka itu berkata, penjual harus meletakkan label ‘ham ayam’ jika produk itu diperbuat daripada ayam.
“Jadi saya menyeru Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk menjelaskan sama ada logo halal sandwic itu tulen atau sebaliknya,” tambahnya.
Semakan MalaysisaGazette dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, produk yang memaparkan nama yang menyerupai dengan barangan tidak halal seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum dan hot dog tidak layak memohon sijil halal. – MalaysiaGazette
Kita pun nak tanya si Fahmi ni, bodoh ke bangang. Akmal Salleh afalah seorang Doktor bertauliah, si Fahmi ni siapa dan tahu apa itu makanan Ham itu apa.