Pihak bomba perlu menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan pemandu lori yang tersepit. Ihsan Foto : JBPM.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan sebuah lori berhampiran bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Permatang Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Tahar, pihaknya telah segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.30 pagi.

“Pemandu lori, seorang lelaki berusia 51 tahun didapati tersepit di dalam kenderaannya manakala pemandu kereta Perodua Axia iaitu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, pihaknya perlu menggunakan peralatan khas bagiĀ  mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dan operasi berjaya diselesaikan pada pukul 6.04 pagi.

“Mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk mendapatkan rawatan seterusnya.

“Mayat pemandu kereta pula telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here