KUANTAN- Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan polis kerana dipercayai menjual 47 pucuk senjata api tiruan di sebuah rumah, di sini, pada 2 Januari lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki yang merupakan seorang peniaga memiliki senjata api tiruan diimport dan penjualan dilakukan secara atas talian.
“Susulan itu siasatan juga mendapati lelaki ini tiada rekod jenayah dan kes ini dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya pada sidang media, hari ini.
Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. – MalaysiaGazette