Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima aduan berhubung penjualan sandwich berlabel ‘Ham and Cheese’ yang diragui status halalnya di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, satu aduan telah dibuat daripada seorang pelajar universiti awam berkenaan pada Jumaat lalu.

“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu oleh pelajar institusi pengajian tinggi awam berkenaan.

“Kes ini dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, UM bertindak menutup dua premis serbaneka di dalam kampus itu serta-merta susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich yang diragui status halal.

Universiti itu dalam kenyataan berkata, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa gangguan.

Sementara itu, JAKIM memaklumkan hasil semakan turut mendapati produk makanan berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).  – MalaysiagaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here