Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Hafiz Ariffin mengingatkan sikap Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang berterusan menyerang Pemuda UMNO merupakan isyarat kepada galakan untuk pertembungan antara kedua-dua sayap itu.

Beliau yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO berkata, pemimpin Pemuda UMNO menghormati kepimpinan Pemuda Pakatan Harapan (PH), namun sejak kebelakangnan ini, pimpinan Pemuda PH cukup kasar dalam mengeluarkan komen.

Mind your words. We have nothing against you—our concern is solely with issues and matters that are important to us. (Jaga kata-kata anda. Kami tiada masalah dengan anda—kebimbangan kami hanya berkaitan dengan isu-isu dan perkara-perkara yang penting bagi kami),” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Hafiz mengulas mengenai teguran yang dibuat Ketua DAPSY Malaysia, Woo Kah Leong terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh supaya tidak menjadi batu api yang memecah-belahkan masyarakat susulan kontroversi produk makanan ‘ham dan cheese’ yang status halalnya diragui yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Mengulas mengenai isu itu, kata beliau, teguran Dr. Muhamad Akmal terhadap kedai sebaneka dan peniaga terlibat adalah wajar.

Apatah lagi, ujarnya, takrifan ham yang dipamerkan di bungkusan makanan oleh kedai serbaneka itu telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang mengeluarkan produk itu juga bukan pemegang SPHM.

Sehubungan itu, tegas beliau, kes itu melibatkan penipuan penggunaan logo halal palsu yang mana kesannya adalah besar dan sangat mustahak kepada pengguna Islam, justeru berhak untuk disuarakan.

Dalam masa sama, tambahnya, teguran Pemuda UMNO itu juga bukan serangan kepada kerajaan atau mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Persoalan saya, mengapa cepat sangat Ketua DAPSY yang baru ini melompat?

“Kita dalam Pemuda Perpaduan berjumpa pun belum, komen yang diberikan “jangan tunjuk hero” saya fikir ia kasar dan berikan mesej kita hendak ada pertembungan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here