KYIV- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bersedia untuk menyerahkan tentera Korea Utara yang ditawan di wilayak Kursk, Rusia sebagai pertukaran askarnya yang ditahan di Rusia.
“Kami bersedia menyerahkan askar Kim Jong Un jika dia dapat mengatur pertukaran dengan pejuang kami yang ditahan di Rusia,” katanya dalam satu hantaran di laman X, semalam.
Hantaran itu turut disertakan dengan video yang didakwa menunjukkan dua anggota tentera Korea Utara sedang disoal siasat.
Sabtu lalu, Askar Ukraine buat kali pertamanya berjaya menangkap dua tentera Korea Utara.
Beliau dalam hantaran berlainan di laman sosial itu juga berikrar akan menangkap lebih ramai tentera Korea Utara.
“Akan ada lebih ramai lagi askar Korea Utara yang ditahan selepas ini
“Ini hanya soal masa sebelum tentera kami berjaya menangkap yang lain dan dunia tidak lagi boleh meragui bahawa Rusia bergantung kepada bantuan ketenteraan Korea Utara,” tambahnya. – Agensi