LONDON – Manchester United dilaporkan telah mencapai kesepakatan untuk menandatangani bek kiri kelahiran Paraguay, Diego Leon dari kelab Cerro Porteno.
Pemain berusia 17 tahun itu akan berpindah secara rasmi ke Old Trafford pada penghujung musim ini.
“Leon akan menjalani pemeriksaan perubatan, proses menandatangani dokumen dan kontrak, sesi fotografi sebagai pemain Manchester United dijangka akan diselesaikan hari ini.
“Yuran perpindahan bernilai $4 juta ditambah $1 juta add ons dari kelab yang menjuarai 34 kali Liga Paraguay, Cerro Porteno,” kata pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano.
Selepas disahkan secara rasmi menjadi pemain United, Leon akan menyertai akan terbang semula ke Paraguay hari ini.
Nama Leon berada dalam radar United bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia adalah salah seorang pemain muda yang paling menonjol di Amerika Selatan pada masa ini.
Setakat musim ini, dia telah membuat 38 penampilan dengan menjaringkan dua gol.
Jika dilihat dari gaya permainannya, Leon merupakan seorang bek sayap yang gemar membantu untuk menyerang. – Agensi