Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh menyempurnakan pelancaran buku Diagnosa pada Majlis Amanat Perhimpunan Bulanan AADK di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan, Maktab Perguruan Islam Kajang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 JANUARI 2025

KAJANG – Seramai 169,691 orang penagih dan penyalah guna dadah direkodkan di negara ini sehingga September tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, jumlah itu meningkat 31.6 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

“Belia yang berumur 19 hingga 39 tahun masih lagi merupakan kategori umur yang paling tinggi dikesan menyalahgunakan dadah iaitu seramai 98,977 orang iaitu mewakili 58.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Manakala jenis dadah yang paling banyak disalahgunakan adalah Amphetamine Type Stimulant (ATS) seperti syabu, pil kuda dan ekstasi iaitu melibatkan seramai 119,410 orang bersamaan 70 peratus,” katanya.

Ruslin berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Ketua Pengarah AADK dan Perhimpunan Bulanan di ibu pejabat agensi itu, hari ini.

Jelas Ruslin, jumlah itu juga diikuti dadah jenis opiat seramai 38,854 orang, ganja seramai 6,750 orang dan selebihnya dadah-dadah jenis lain dan pil psikotropik.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, sehingga 10 Januari lalu, jumlah penagih yang sedang dirawat di semua fasiliti adalah seramai 58,875 orang.

Ia terdiri daripada 1,502 sukarela dan 57,373 orang mandatori.

“Daripada jumlah tersebut 53,244 orang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti iaitu di AADK Daerah dan baki seramai 5,631 orang sedang menjalani rawatan di PUSPEN,” katanya dalam majlis sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here