Fahmi Zainol
Fahmi Zainol

KUALA LUMPUR – Rangkaian kedai serbaneka yang menjual sandwich ham dianggap sengaja ‘mencari pasal’ selepas mengulangi episod tidak menghormati sensitiviti agama Islam sehingga kini berani mempermainkan isu halal dan haram.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fahmi Zainol berkata, kali ini ternyata kedai serbaneka 24 jam itu terbukti tidak memandang serius perihal agama rasmi negara dan majoriti penduduknya yang beragama Islam apabila menjual  ‘sandwich ham’ tanpa sijil halal sah di dalam kampus Universiti Malaya (UM).

“Setelah sekian lamanya menetap di Malaysia, Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia dan penduduk beragama Islam sebagai majoriti di negara ini, apakah kedai serbaneka ini langsung tidak cakna, tidak peka, tidak peduli, serta tiada rasa hormat walau sekelumit sekali pun terhadap masyarakat Islam apabila isu seperti ini seringkali berulang?

“Selain menipu dengan penggunaan logo halal JAKIM untuk sandwich ham tersebut, kedai serbaneka ini tenyata sengaja mencari pasal dengan mempermainkan isu berkaitan halal dan haram yang sangat “sacred” bagi masyarakat Islam,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan MCA supaya jangan melampaui batas dalam soal tersebut dan menganggap pihak yang membangkitkan isu ini sebagai meraih ‘political mileage’.

“Saya menempelak sekeras-kerasnya kenyataan biadap MCA ekoran respons balas terharap teguran yang telah dibangkitkan oleh Akmal Salleh (Ketua Pemuda UMNO),” tambahnya.

Fahmi turut memuji tindakan pantas Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam operasi penyerbuan premis kilang roti yang telah menjadi pembekal kepada produk sandwich ham tersebut.

“Kita banteras dan basmi habis-habisan setiap usaha ataupun perniagaan yang sengaja menggangu-gugat keharmonian masyarakat Islam di negara ini serta kesucian Islam itu sendiri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here