Lim Chun Weng

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyokong penuh kenyataan Ketuanya, Woo Kah Leong yang mahu mencari penyelesaian dan bukannya pergaduhan dalam isu halal.

Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim Chun Weng berkata, Kah Leong menyarankan pelbagai pihak agar tidak menggunakan isu logo halal sebagai publisiti politik.

Sebaliknya, beliau mahu agar perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab kerana perpaduan dalam masyarakat adalah perkara paling penting di Malaysia.

“Kami dari DAPSY memahami sensitiviti dalam isu logo halal dan menyokong penuh agar isu ini disiasat oleh pihak berkuasa secara telus.

“Akan tetapi, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kita perlu turunkan suhu politik, bukan keruhkan keadaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chun Weng berkata, dalam menyelesaikan isu penjualan sandwich yang didakwa menggunakan logo palsu, universiti berkenaan telah mengambil tindakan serta-merta menutup kedai tersebut.

Jelasnya, DAPSY menyokong sepenuhnya langkah itu supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap entiti yang telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

“DAPSY turut percaya bahawa pihak berkuasa akan menangani isu ini secara profesional dan adil, usahlah ahli politik terutamanya Ketua Pemuda UMNO, YB Akmal berlagak menjadi hero sedangkan pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka.

“DAPSY ingin menekankan bahawa DAPSY bersuara untuk kebaikan tanah air dan rakyat. Tidak pernah kami gentar untuk pertembungan dengan mana-mana pihak, maka kami akan lebih lantang bersuara demi satu Malaysia yang lebih bersatu padu,” ujarnya.

Tambah beliau, baginya DAPSY lebih mementingkan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya.

Katanya, DAPSY akan bersuara sekiranya merasakan ia penting untuk Malaysia terutamanya apabila sesuatu itu mengugat keharmonian antara masyarakat.

“Sebagai pemimpin muda, kita perlu mengamalkan politik matang dan menangani isu dengan lebih professional,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. klu berkenaan Islam & halal, semia kena toleransi dan beri muka. play victim dan beri maaf. itulah akibat banyak watak si buang. maka kaduk makin naik junjung….bing ai…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here