YTL Digital Bank Berhad

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan telah meluluskan pemberian lesen perbankan digital kepada YTL Digital Bank Berhad, sebuah usaha sama antara YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited.

Bank digital generasi akan datang yang beroperasi dengan nama Ryt Bank itu telah menerima kelulusan untuk memulakan operasi pada 20 Disember lalu.

Bank tersebut akan dilancarkan secara berperingkat kepada orang ramai bagi memastikan proses pelancaran berjalan lancar.

Menyambut baik kelulusan daripada pihak pengawal selia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ryt Bank, Melvin Ooi berkata, Ryt Bank yang disokong oleh kekuatan besar YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited, bersedia untuk mentakrifkan semula perbankan di Malaysia.

“Dengan memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan, kami akan menawarkan perkhidmatan kewangan yang bermakna dan inklusif sambil membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan mereka.

“Ryt Bank berbangga menjadi sebuah bank yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.

“Dengan memperkasakan bakat tempatan yang luar biasa, kami telah membina platform berkuasa AI generasi akan datang yang memudahkan pengalaman pelanggan daripada pendaftaran pantas, lancar hingga transaksi harian sambil menawarkan perbankan yang diperibadikan dan kolaboratif melalui wawasan tingkah laku pelanggan yang canggih,” katanya dalam kenyataan.

Ryt AI adalah seorang banker peribadi berkuasa AI yang direka untuk mempermudah perkhidmatan perbankan, memberikan wawasan kewangan yang disesuaikan dan menguruskan strategi simpanan yang maju.

Ryt AI memastikan bahawa keperluan unik setiap pelanggan dipenuhi dengan cepat, cekap dan lancar.

Ia juga disokong oleh bantuan 24/7 untuk memberikan pengalaman perbankan yang tiada tandingan.

Ciri pemindahan dana canggih Ryt AI boleh memulakan dan melengkapkan pemindahan dana dengan mudah menggunakan satu input teks.

Pendekatan yang dipermudahkan ini menjimatkan masa dan memastikan aksesibiliti untuk pelbagai pengguna, dengan menyokong pelbagai bahasa bagi memenuhi keperluan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here