Pengerusi Pertubuhan Impian Kemajuan Negara (IKN), Danial Rafiq Mohd Pathil (kiri) bersama Timbalan Ketua Balai Polis Kelana Jaya, Sarjan Mejar Azmi Abdul Aziz dalam kunjungan hormat ke Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Pertubuhan Impian Kemajuan Negara (IKN) menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada Balai Polis Kelana Jaya di sini bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan fasiliti sedia ada yang sudah uzur.

Pengerusinya, Danial Rafiq Mohd Pathil berkata, usaha itu amat penting bagi memastikan anggota polis dapat menjalankan tugas dengan efisien dan penuh dedikasi dalam persekitaran yang lebih kondusif.

“Ia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara polis dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mana hal ehwal kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi tumpuan asas pertubuhan kami.

“Dengan sumbangan ini, kami berharap ia dapat memastikan keselesaan anggota polis lebih terjamin dan mampan,” katanya menerusi satu kenyataan kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Timbalan Ketua Balai Polis Kelana Jaya, Sarjan Mejar Azmi Abdul Aziz (kiri) mengiringi Pengerusi Pertubuhan Impian Kemajuan Negara (IKN), Danial Rafiq Mohd Pathil dalam kunjungan hormat ke Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

Terdahulu, Danial Rafiq meraikan kira-kira 50 anggota dan pegawai polis dari Balai Polis Kelana Jaya dalam satu majlis makan malam sempena sambutan tahun baharu 2025 serta perhimpunan bulanan di sini, malam semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Balai Polis Kelana Jaya, Sarjan Mejar Azmi Abdul Aziz

Dalam pada itu, Danial Rafiq berkata, sumbangan itu selaras usaha Balai Polis Kelana Jaya yang membuat semakan aktiviti serta menyelesaikan isu-isu dalam memperkasakan perkhidmatan balai serta anggota-anggotanya.

“IKN sentiasa memacu perubahan positif dan memberikan impak bermakna kepada rakyat melalui pendekatan holistik dalam kebajikan sosial.

“Selain itu, IKN komited meningkatkan kualiti hidup komuniti dan membina masa depan sosial negara yang mampan, sejahtera dan saksama untuk manfaat semua,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here