KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan produk di media sosial.
Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan.
“Peringatan mesra kepada netizen, tolong berhati-hati dengan kenyataan yang menggunakan nama dan gambar saya yang diviralkan.
“Saya akan mengambil tindakan undang-undang dan harap ia akan dapat jadi pengajaran kepada semua,” katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru supaya netizen tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan sendiri.
Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak terpedaya dengan penggunaan nama dan gambarnya yang sedang diviralkan.
“Tolong berhati-hati dan jangan percaya kepada dakwaan penipu (scammers) yang terdesak,” ujarnya.-MalaysiaGazette