Datuk Hussein Omar Khan. Foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus syarikat swasta berputih mata selepas kerugian RM1.63 juta akibat terpedaya dengan pelaburan kripto tidak wujud secara atas talian semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 61 tahun di daerah Ampang sekitar pukul 3.25 petang.

“Mangsa telah tertarik dengan satu iklan pelaburan kripto mata wang asing yang telah diiklankan melalui akaun media sosial di Facebook.

“Mangsa kemudian telah berhubung dengan suspek melalui panggilan telefon dan telah memberikan satu link pelaburan iaitu UVKXEOE.COM dikatakan bagi tujuan pelaburan.

“Lelaki itu juga telah membuat 15 kali pindahan secara atas talian ke dalam enam akaun bank suspek yang berbeza bagi membeli mata wang USD untuk ditukarkan ke dalam mata wang kripto,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hussein, mangsa telah membuat transaksi pertama pada 18 Oktober dan terakhir 31 Disember tahun lalu namun tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan setelah memasukan wang tersebut.

Berikutan itu, Hussein berkata, kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here