Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih lagi dalam proses merangka skim harga maksimum bagi Perayaan Tahun Baharu Cina dan dijangka akan diumum dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya sedang mengambil kira bekalan barangan serta rundingan bersama pemain industri.

“Penetapan harga ini tidak akan mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan tetapi akan memberi impak terus kepada sektor perniagaan dan industri.

“Oleh itu, skim ini perlu dirangka sebaiknya untuk memberi faedah bagi semua pihak terlibat,” katanya dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Perlindungan Harta Intelek di Menara MyIPO, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Pihaknya juga dalam perbincangan bersama Kementerian Pertanian dan kementerian lain yang bertanggungjawab terhadap bekalan barangan khususnya makanan.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan kestabilan harga barangan dan bekalan barangan sepanjang musim perayaan, sekaligus melindungi kepentingan pengguna dan peniaga.

“Dengan adanya perbincangan menyeluruh, diharapkan supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak tanpa menjejaskan operasi atau bekalan barangan di pasaran,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here