Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terpedaya dengan panggilan telefon kononnya mangsa ada kesalahan jenayah melibatkan poduk kecantikan antara modus operandi digunakan sindiket penipuan phone scam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, akibat jenayah penipuan itu, mangsa tempatan berusia 62 tahun kerugian hampir RM1 juta selepas laporan polis diterima di Gombak.

“Mangsa merupakan pesara syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM999,105.50 dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek memperdayakan manga melalui panggilan telefon dan memaklumkan mangsa mempunyai kesalahan jenayah iaitu menyalahgunakan produk skin care.

“Selain itu, mempunyai waran tangkap kes dadah serta  kes pengubahan wang haram dan suspek meminta mangsa membuat pembayaran bagi mengelakkan waran tangkap dikeluarkan ke atas mangsa.

“Mangsa telah membuat dua kali pindahan wang secara dalam talian ke dua akaun bank berbeza bagi mengelak dirinya ditangkap atas kesalahan kononnya yang telah dinyatakan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hussein, suspek juga meminta mangsa untuk memuat naik gambar kad ATM bahagian depan dan belakang milik  mangsa.

Ujarnya, setelah memuat naik gambat tersebut, mangsa mendapati wang di dalam akaun bank milik mangsa telah berkurangan.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast