Beberapa individu dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan menyimpan video dan gambar pornografi kanak-kanak dan dewasa, di Mahkamah Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 14 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Seorang pembantu makanan didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, atas tiga pertuduhan berkomunikasi secara seksual dan memiliki video pornografi kanak-kanak pada Disember 2022.

Tertuduh, Mustafa Kasim, 29, hanya mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan pertama, Mustafa didakwa telah berkomunikasi secara seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun menggunakan aplikasi Whatsapp.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Apartment D’rimba, Jalan Kenyalang, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 5 Disember kira-kira jam 1 petang.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-KanaK 2017 yang memperuntukkan penjara tidak lebih tiga tahun.

Pertuduhan kedua pula, dia meminta kanak-kanak yang sama menghantar gambar lucah bagi tujuan seksual dan kesalahan tersebut dilakukan di lokasi dan masa yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-KanaK 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Mustafa didakwa memiliki video pornografi kanak-kanak di sebuah pangsapuri di Jalan Merbah, Kota Damansara pada 20 Disember 2022 kira-kira jam 12.30 tengahari.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beberapa individu dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan menyimpan video dan gambar pornografi kanak-kanak dan dewasa, di Mahkamah Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 14 JANUARI 2025

Dalam mahkamah sama, dua lelaki turut didakwa secara berasingan atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak mengikut mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh, Phoon Mun Tat, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan PJU 10/18A, Sutera Damansara, Petaling Jaya pada 23 Disember 2022 kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu, pengurus syarikat, Tan Lye Synn, 41, didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan 17/33, Seksyen 17, Petaling Jaya pada tarikh dan masa yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat mencadangkan jaminan kepada Mustafa sebanyak RM20,000 untuk semua pertuduhan manakala Mun Tat dan Lye San masing-masing dikenakan RM12,000.

Peguam yang mewakili kesemua tertuduh, Datuk Suraj Singh memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dikurangkan atas alasan mereka masih dalam jaminan polis dan bagi memastikan kehadiran kesemua tertuduh ke mahkamah.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi semua pertuduhan kepada Mustafa manakala Mun Tat dan Lye Synn masing-masing dikenakan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun,, Mustafa tidak membayar wang jaminan itu dan akan dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh sehingga tarikh sebutan semula kes pada 13 Februari depan.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here