Para peserta program Putra Sentuhan Kasih.

SERDANG  – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah menganjurkan program Putra Sentuhan Kasih bersama  anak-anak yatim dan asnaf bagi mendedahkan ilmu pertolongan cemas.

Program bertemakan ‘Berikan Kasih, Sebarkan Harapan!’ yang diadakan di Ladang 10, Fakulti Pertanian UPM bertujuan mendorong serta melahirkan individu menjadi lebih prihatin dan meningkatkan keyakinan diri anak-anak yatim semasa dalam kecemasan.

Pengarah program, Ummi Hafizah Ahmad Hairi berkata, program ini memberi anak-anak yatim dan asnaf peluang untuk terlibat dalam aktiviti sosial serta berinteraksi dengan peserta lain bagi meningkatkan daya saing mereka dalam menghadapi cabaran.

“Program ini bukan sahaja memberi kemahiran asas pertolongan cemas yang amat bermakna kepada peserta, malah mereka turut didedahkan kepada kemahiran asas lain yang penting dalam kehidupan harian.

“Latihan simulasi kecemasan ini bantu mereka berlatih cara untuk menangani kecemasan secara realistik seperti kemalangan kecil atau kecederaan serius,” katanya.

Pelajar Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian, Alisya Rosman berkata, program ini membantu anak-anak yatim mempelajari cara berkomunikasi dengan lebih baik yang boleh dimanfaatkan dalam situasi kecemasan untuk mereka peka dengan arahan yang jelas.

“Komunikasi yang efektif dalam situasi kecemasan adalah penting untuk memastikan tindakan yang cepat dan tepat supaya siap sedia dalam menghadapi sebarang situasi.

“Mereka juga diberi penjelasan secara praktikal tentang bagaimana menangani kecederaan ringan, memberikan CPR atau melakukan tindakan awal dalam kecemasan,” katanya.

Alisya juga menyatakan program ini bukan sahaja mengajar teori tetapi juga memastikan anak-anak yatim benar-benar memahami langkah-langkah yang perlu diambil dalam situasi kecemasan.

Seramai 80 orang peserta yang terlibat iaitu pelajar Bakti Siswa UPM dan anak-anak yatim berumur dari 13 hingga 17 tahun demi membantu mereka untuk mengembangkan kemahiran sosial. – MalaysiaGazette

Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Kokurikulum dan
Pembangunan Pelajar telah menganjurkan program Putra Sentuhan Kasih bersama anak-anak yatim dan asnaf bagi mendedahkan ilmu pertolongan cemas.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here