Universiti Putra Malaysia (UPM) jalin kerjasama dengan QingDao QingChunXueZi Education Technology Co. Ltd tingkat persediaan pelajar lanjut pengajian di Malaysia baru-baru ini.

SERDANG, 10 Januari- Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama dengan QingDao QingChunXueZi Education Technology Co. Ltd tingkat persediaan pelajar lanjut pengajian di Malaysia baru-baru ini.

Jalinan kerjasama itu melalui meterai perjanjian melibatkan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dan Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE) UPM bagi menyediakan pelajar
antarabangsa dari China untuk menyesuaikan diri lebih awal dengan persekitaran pembelajaran di Malaysia sekaligus memperluaskan pengaruh dan kerjasama universiti di
peringkat global.

Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim berkata, kerjasama ini penting bagi mengatasi masalah canggung budaya yang dialami oleh mereka dengan membuka peluang kepada pelajar untuk memahami serta menerokai persekitaran termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran di UPM.

“Pelajar antarabangsa yang mengikuti program ini akan dapat menyesuaikan diri dengan budaya pembelajaran di Malaysia, sekaligus memudahkan peralihan mereka ke alam pendidikan tinggi dalam meningkatkan kemahiran bahasa dan penyesuaian budaya,

“Program ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran bahasa dan memahami budaya di Malaysia dengan adanya bimbingan akan mampu membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, kerjasama ini selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 untuk melahirkan graduan berdaya tahan bagi mendepani cabaran mendatang serta sebagai universiti yang terkemuka menjadi rujukan diperingkat antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here